Friday, February 20, 2009

Berapa Banyak Ikan Boleh DiTernak

Berapa Banyak Ikan Boleh DiTernak ?

Kaedah bagi membuat pengiraan berapa banyak ikan boleh diternak ada pelbagai. Jika berdasarkan maklumat daripada rakan di jabatan perikan darat setiap 1 meter per segi ikan boleh dimasukkan sebanyak 129 ekor. Ini bermakna jika anda mempunyai kolam berukuran 5 meter lebar dan 5 meter panjang maka ikan boleh dimasukkan sebanyak 5 x 5 x 129 ekor = 3225 ekor.Ada juga kiraan berdasarkan bagi setiap 1 tan air dapat menampung tumbesaran bagi 1000 ekor ikan. Ini bermakna jika anda menggunakan tangki PVC yang 200 gallon, maka ianya hanya boleh menampung sebanyak lebih kurang 950 ikan sahaja.Berdasarkan maklumat dari penternak komersial pula (yang kebiasaan nya membuat dalam kiraan kaki) setiap satu kaki persegi, boleh dimuatkan sebanyak 100 ekor ikan keli. Ini bermaksud jika anda mempunyai kolam seluas 10 kaki lebar dan 10 kaki panjang,maka sebanyak 10,000 ekor ikan keli boleh diternak disitu. Dengan erti kata lain pengiraan nya begini 10 x 10 x 100 = 10,000 ekor ikan keli.Kaedah pengiraan bergantung kepada penternak dan teknologi yang digunapakai. Jika berdasarkan kaedah 129 ekor semeter persegi, maka ikan keli adalah lebih selesa dimana mempunyai ruang yang agak besar. Manakala, jika pengiraan berdasarkan kiraan komersial iaitu 1 kaki persegi 100 ekor, maka ikan akan lebih bermesraan dimana kurang mempunyai ruang.Namun begitu, sebagai penternak komersial kaedah pengiraan 1 kaki persegi mungkin digunapakai. Bagi mengelakkan ikan kurang selesa, alternatif melalui kaedah pengaliran air boleh digunakan. Ini bagi meningkatkan kandungan oksigen terlarut dalam air dan bagi tujuan pembesaran ikan

Teknik penyediaan ikan keli
Untuk menghasilkan benih ikan keli tidaklah sesusah seperti disangka.Ianya cukup mudah sekiranya seseorang itu betul betul minat.Ini merupakan salah satu hobi juga kerana orang yang tak berminat takkan dapat berkeinginan sampai ke tahap ini.Sebenarnya saya belum pun lagi mendokumenkan cara2 menghasilkan benih ikan keli ni. Namun secara teorinya saya boleh ceritakan bagini .

Untuk menghasilkan benih ikan keli beberapa aspek perlu ada sebagai keperluan asas seperti:
1. Blower utk pengudaraan,
2.Tangki sementara utk simpanan induk,
3. Tangki pengeraman,
4. Tangki asuhan = tangki mungkin boleh dibuat dari tong plastik spt org buat pelampung sangkar,
5. Pelbagai jenis utk jimatkan koz spt dari papan yg dibuat kotak panjang dan masuk plastik dan barulah dimasukkan air, tapi tangki simen atau fiberglass adalah lebih baik.

Keperluan utk penghasilan benih:>
1. Induk ikan,
2. Hormon,
3. Jarum,
4. Pisau/gunting,
5. Mangkuk,
6. Bulu ayam.

Caranya:
1. Macam nak buat kueh pulak,
2. Apabila dah dipilih induk,
3. Induk yg baik adalah sekitar 1 kg keatas.(umur hampir setahun dan lebih) suntik hormon ovaprim (hormon perangsang) induk jantan dan betina pada bahagian atas sirip dekat kepala dengan dos 0.5ml bagi 1 kg induk betina dan jantan 0.25ml/1kg.
4. Asingkan induk dalam tangki sementara selama 10- 12 jam. Biasanya disuntik pada jam 10 -11 malam supaya mudah kerja pada keesokan paginya jam 8-9 untuk kerja2 pengambilan telur. 5. Setelah induk betina bersedia utk mengeluarkan telur, picit perut betina perlahan untuk keluarkan telur ke dalam mangkuk.
6. Selepas itu ambil induk jantan dan keluarkan sperma dia. Cara paling mudah adalah dengan membedah perut dan dan ambil kantung sperma.
7. Potong kantung sperma tersebut untuk diambil sperma.
8. Dan sperma ini dimasukkan dalam mangkuk yang berisi telur tadi dan gaul dengan menggunakan bulu ayam.
9. Tujuan gaul ini adalah supaya telur tersenyawa, kalau namapk kering sangat msukkan sedikit air ketika menggaul. biarkan seketika 2-3 minit,
10. Selepas itu masukkan telur ke dalam tangki pengeraman, taburkan sehingga sekata, kedalaman tangki pengeramaan.
11. Tangki pengeraman hendaklah disediakan sebaiknya sehari sebelum dimasukkan telur dengan kedalaman air lebih kurang 6 inci.
12. Biasanya telur akan menetas selepas 24 jam.kebiasaan seekor induk mampu menghasilkan benih sekitar 20-30 ribu.
13. Benih atau larva ini perlu diberi makan setelah berumur 3 hari.
14. Makanan yg biasa diberikan adalah artemia ataupun plankton kecil dlm air.
15. Selepas seminggu boleh beri spt jentik2, moina dsbnya.
16. Selepas 4 minggu baru sesuai beri makan fish meal atau dedak ikan, ataupun pallet.
17. Apabila bersaiz 2-3 inci bolehlah bolehlah diternak dalam tangki atau kolam.
18. Pasaran biasa benih keli rm 0.10 - rm 0.20 .


Sekian
Wass-sa-lam

4 comments:

  1. Nama saya Yusri aisyah, saya dari malaysia, sila mendengar, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua mereka hanya mahu di sini adalah untuk merobek anda wang yang diperolehi keras anda. Suami saya dan saya, mendapatkan pinjaman daripada peminjam yang berbeza dalam talian tetapi pada akhirnya, kita telah ditipu dan ditipu wang kita dengan mendapatkan pinjaman kami dari syarikat-syarikat pinjaman yang berbeza dalam talian.
    Kami juga meminjam wang untuk membayar untuk pemberi pinjaman dalam talian ini tetapi pada akhirnya, kita mendapat apa-apa.
    Suami saya dan saya berada dalam hutang, dan kami tidak mempunyai sesiapa untuk lari ke tolong, perniagaan keluarga kami telah dimusnahkan dan kita di mana tidak dapat untuk mendapatkan wang untuk memenuhi perbelanjaan harian sehingga kita telah diperkenalkan kepada Puan Glory yang membantu kami dengan menawarkan kami jumlah pinjaman tidak bercagar $ 125,000 tanpa cagaran.
    Untuk maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana untuk mencapai Puan Glory atau mengikuti prosedur pinjaman, hubungi saya melalui e-mel saya: aisyahyu7@gmail.com
    Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan Glory Suci: gloryloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete
  2. BROKER TERPERCAYA
    TRADING ONLINE INDONESIA
    PILIHAN TRADER #1
    - Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
    - Sistem Edukasi Professional
    - Trading di peralatan apa pun
    - Ada banyak alat analisis
    - Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
    - Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
    Yukk!!! Segera bergabung di Hashtag Option trading lebih mudah dan rasakan pengalaman trading yang light.
    Nikmati payout hingga 80% dan Bonus Depo pertama 10%** T&C Applied dengan minimal depo 50.000,- bebas biaya admin
    Proses deposit via transfer bank lokal yang cepat dan withdrawal dengan metode yang sama
    Anda juga dapat bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover......

    Kunjungi website kami di www.hashtagoption.com Rasakan pengalaman trading yang luar biasa!!!

    ReplyDelete
  3. Untuk kolam saiz 10x6x3 kiraan kaki persegi berapa ekor ikan keli yg saya boleh masuk kan kedalam kolam..untuk saiz benih 3 atau 4 inci

    ReplyDelete
  4. Untuk kolam saiz 10x6x3 kiraan kaki persegi berapa ekor ikan keli yg saya boleh masuk kan kedalam kolam..untuk saiz benih 3 atau 4 inci

    ReplyDelete