Friday, February 6, 2009

PENGENALAN

Ikan keli atau Catfish merupakan antara sumber protein utama dunia. Keli kini diterima oleh pelbagai bangsa dan negara dalam permakanan harian. Malaysia antara negara utama yang memainkan peranan dalam industri aquakultur ini. Ikan keli atau lebih dikenali varieti keli afrika mula diternak di Malaysia pada tahun 80an sebagai spesis berpotensi komersil.

Kaedah ternakan dan teknik pasaran yang mengikut selera masyarakat tempatan merupakan kunci penerimaan terhadap ternakan. Ikan keli mula mendapat tempat dalam hidangan utama berdasarkan penerimaan menyeluruh terhadap ikan keli ini, berbeza dengan lebih sedekad yang lalu ikan keli hanya digambarkan dalam masakan tradisional. Nilai komersil dan khasiat permakanan yang telah terbukti, mendorong spesis keli ini sebagai ternakan utama di negara ini. Kaedah ternakan dalam kolam tanah adalah peraju utama selain ternakan sangkar, kolam konkrit, fiberglass dan terbaru ternakan kanvas.

Sehubungan dengan itu, KELIBASE RESOURCES telah mengorak langkah untuk membantu ushawan dalam menjalankan penternakan ikan keli dan menjadi tulang belakang kepada industri yang berasaskan ikan keli di Malaysia. KELIBASE RESOURCES pada awalnya menjalankan usaha pembenihan ikan keli dan membekalkan kepada penternak-penternak. Kami juga merupakan sebuah syarikat perunding kepada perusahan ternakan yang berasaskan produk ikan keli. Kami juga mengadakan latihan-latihan penternakan ikan keli dan menyediakan pakej-pakej kepada usahawan yang ingin memulakan industri akuakultur ini.

PEMBENIHAN

Secara asasnya, pembenihan ikan keli adalah proses persenyawaan telur secara aruhan. Ia adalah untuk tujuan komersial. Ikan keli boleh membiak secara semulajadi tetapi benih yang di perolehi adalah sedikit.

Untuk tujuan pembenihan, ikan yang di pilih haruslah mencapai tahap kematangan iaitu sekurang-kurangnya berumur empat bulan. Pemilihan induk juga penting bagi menghasilkan benih yang sihat dan tahan keadaan.

Bilangan telur bergantung kepada saiz induk betina. Ianya boleh mencapai 30,000 hingga 70,000 biji telor bagi seekor induk betina.

Kolam2 asuhan perlu di rawat terlebih dahulu sebelum memasukan telur2 ikan ini supaya dapat membasmi pemangsa.

Telur-telur ikan keli ini hanya mengambil masa satu ke dua hari untuk menetas. Penjagaan dan pemakanan benih adalah penting bagi tumbesaran ikan keli ini.

Apabila mencapai saiz 1 inci, benih2 ini akan di asingkan untuk pembesaran lanjutan atau untuk penjualan secara komersial.
PENTERNAKAN

Kebanyakan penternak lebih gemar membeli benih yang bersaiz 1 hingga 4 inci kerana benih yang telah berusia lebih 1 inci senang untuk di pelihara dan di beri makan.

Terdapat beberapa jenis kolam penternakan, di antaranya kolam tanah, kolam konkrit, kolam fiberglass(polytank), dan terbaru kolam kanvas yang semakin popular. Kolam2 ini terlebih dahulu di rawat sebelum memasukan benih2 ikan supaya ikan2 tersebut tidak dijangkiti penyakit dan kulat(fungus).

Ikan2 ini perlu di kelaskan mengikut saiz dari masa ke semasa untuk mengelak daripada di makan oleh ikan2 yang lebih besar.

Penjagaan air sangat penting bagi ternakan dalam sangkar seperti fiberglass, simen dan kanvas. Air perlulah sentiasa di jaga kebersihan dan pengaliran yang baik.

Ikan2 keli ini akan mengambil masa lebih kurang 2 hingga 3 bulan untuk mencapai tahap kematangan untuk di pasarkan. Ikan2 yang matang boleh di jual dari 5 hingga 6 ekor sekilo.

PEMASARAN

Ikan keli merupakan sumber proten utama dunia. Keli boleh dihasilkan dengan pelbagai resipi masakan yang sangat enak dan juga menjadi makanan kegemaran penduduk di Amerika Syarikat.

Vietnam contohnya, merupakan pengekspot ikan keli paling aggesif di dunia buat masa ini. Ikan2 keli ini di ekspot ke Egypt, Russia, Spain, Amerika Syarikat dan beberapa negara di Asia. Mengikut laporan dari Ministry of Agriculture and Rural Development (MARD), pada sembilan (9) bulan pertama 2008, Vietnam telah menyumbang lebih 1 bilion ton hasil produk ikan keli ke serata dunia.

Rusia & Ukraine merupakan pengimport utama ikan keli dari Vietnam yang menyumbang lebih USD$200 juta dan peningkatan 200% import pada tempoh yang sama tahun 2007.

Ini memberi makna bahawa ikan keli mempunyai potensi yang sangat besar untuk pasaran luar negeri di mana ia boleh jadikan fillet, ditinkan maupun yang telah di proses menjadi makanan ringan

No comments:

Post a Comment